GEJALA MAT REMPIT
Assalamulaikum di sini
saya ingin menceritakan gejala senakin menjadi sejak akhir-akhir ini. Gejala mat rempit boleh mendatangkan masalah
kepada ketenteraman awam dan menambah bilangan
korban jalan raya. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan
untuk
menangani masalah mat rempit.
lbu bapa adalah pihak yang patut memainkan peranan dalam
menangani masalah mat rempit di kalangan anak-anak mereka. Kita sedia maklum
bahawa banyak masa anak-anak berada di samping ibu bapa di rumah. Jika
ibu bapa membelikan anak-anak motosikal,
pastikan pergerakan mereka dipantau pada setiap masa. Ibu bapa yang dapat memberi kasih sayang dan perhatian yang
secukupnya kepada anak-anak pasti dapat menghindarkan anak
mereka daripada terlibat dalam gejala mat rempit.
Selain itu, masyarakat juga turut berperanan membendung
gejala mat rempit. Sikap masyarakat yang saling
mengambil berat permasalahan setempat akan mempengaruhi aktiviti mat
rempit. Segala pergerakan mat rempit yang
berlaku dalam masyarakat mesti diambil tindakanpencegahan dengan membuat
laporan segera kepada pihak berkuasa. Jika semua ahli masyarakat setempat mengambil tangungjawab untuk menghapuskan
gejala mat rempit, maka sudah pasti suasana masyarakat akan menjadi lebih tenteram dan harmoni.
Media massa juga perlu memainkan peranan dalam membendung
kegiatan mat rempit. Keupayaan
media massa dalam mempengaruhi hati dan minda manusia tidak dapat
disangkal lagi. Media elektronik
seperti televisyen pula boleh memainkan peranan dengan membuat iklan yang
dapat memberikan kesedaran kepada remaja tentang keburukan
gejala merempit dan lumba haram. Namun begitu, iklan-iklan dan kempen-kempen yang diadakan mestilah
dipelbagaikan bentuk visualnya supaya
dapat memberi kesedaran yang berpanjangan dan mendalam kepada mat rempit dan
golongan remaja.
Kementerian Pengangkutan juga perlu memainkan peranan dan
bersikap lebih proaktif. Kementerian Pengangkutan mempunyal kuasa
untuk mencari alternatif baru untuk menangani masalah mat rempit. Kementerian Pengangkutan juga boleh bergabung
tenaga dengan pihak polis dalam usaha menangani gejala mat rempit dan lumba haram. Seterusnya,
Kementerian Pengangkutan boleh juga menjalankanKempen keselamatan jalan raya yang memberi penekanan terhadap gejala
mat rempit.
Akhir sekali, pihak Kementerian Pelajaran juga boleh
memainkan peranan penting. Hal ini kerana pihak Kementerian Pelajaran boleh mengadakan pelbagai aktiviti tentang
menanganigejala mat rempit di sekolah-sekolah. Dalam
perhimpunan rasmi sekolah pula, pengetua atau guru besar boleh
mengingatkan pelajar tentang keburukan menjadi mat rempit. Jika terdapat aduan berlakunya gejala mat rempit, pihak
sekolah patut memanggil pelajar berkenaan untuk diberi kaunseling
dan nasihat.
No comments:
Post a Comment