AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini saya ingin
mermbincangkan tentang amalan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat bolehlah
ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada
diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat
ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah
yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah
pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat
menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai
tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
Tindakan awal
ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu diet pemakanan yang seimbang dalam
kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, ramai yang suka mengambil satu
jenis makanan sahaja seperti hanya memakan daging tanpa mengambil sayur dalam
diet mereka. Ketiadaan diet yang seimbanglah atau hanya menumpukan pemakanan
mereka terhadap satu aspek sahaja yang menyukarkan seseorang untuk mencapai
matlamat gaya hidup yang baik ini. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan
kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria kerana semua zat yang diperlukan
oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang baik itu di samping menjauhi
obesiti dan penyakit kronik.
Akhirnya,
aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang
itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti berjalan atau
berlari bersendirian atau melakukan aktiviti bersukan bersama-sama keluarga
atau ketika hujung minggu untuk mendapatkan senaman sebegini. Aktiviti senaman
sudah lama diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah
manusia lebih stabil dan baik. Ekorannya, senaman turut menjadikan sistem
imunisasi mereka lebih tinggi. Sebagai impaknya, semakin kerap senaman
dilakukan, semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang
cerdas datangnya daripada badan yang cergas.
No comments:
Post a Comment