Wednesday, 2 December 2015

ISU BULI

ISU BULI
Assalamualaikum. Saya ingin mengupas serba sedikit mengenai isu buli yang semakin berleluasa sekarang. Isu buli ini hangat diperkatakan kerana  beberapa kes buli telah menyebabkan kecederaan yang serius dan ada juga yang menyebabkan kematian. Sesungguhnya isu ini tidak  harus dipandang ringan oleh masyarakat kerana isu ini boleh mengganggu perkembangan bidang pendidikan yang sememangnya penting untuk kemajuan negara. Berluasanya isu buli telah menjadikan sistem pendidikan negara terganggu kerana sesetengah pelajar tidak dapatmenumpukan perhatian kepada pelajaran kerana menjadi mangsa buli. Apakah yang menyebabkan masalah buli di sekolah kian menjadi-jadi dari semasa ke semasa? Sebenarnya terdapat beberapa sebab berlakunya perbuatan membuli di sekolah.

Punca utama berlakunya perbuatan buli ialah sikap pelajar berkenaan. Banyak kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar yang membuli ini adalah pelajar yang kurang berdisiplin. Pelajar ini didapati selalu bergaduh sama ada dengan adik-beradik ketika berada di rumah dan bergaduh dengan kawan-­kawan jika berada di luar rumah. Sebahagian daripada perlakuan buli yang dilakukan juga bertujuan untukmembalas dendam atau menyakiti fizikal seseorang serta mahu mendapatkan perhatian daripada orang lain. Pelajar ini biasanya mempunyai kawan-kawan yang berkelakuan negatif seperti menghisap rokok, bergaduh dan ponteng sekolah. 
 Masalah yang dihadapi oleh pelajar itu dalam keluarga juga boieh menyebabkan kegiatan buli berlaku. Pelajar berkenaan ingin membalas dendam kerana di rumah mereka sering dimarahi dandidenda oleh ibu bapa. Hal inl disebabkan mereka selalu berkelakuan tidak baik kepada ahli keluarga. Selain itu, ibu bapa yang sering tiada di rumah kerana sibuk bekerja juga telahmenyebabkan pelajar berkenaan tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup. Oleh itu, mereka sering melakukan kesalahan disiplin termasuklah membuli untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka.

Akhir sekali, pentadbiran sekolah yang kurang berkesan juga boleh menyebabkan kepada berlakunya gejala buli. Adalah amat penting bagi jawatankuasa disiplin sekolah  dapat berperanan dengan baik. Sesungguhnya, pelajarakan menjadi semakin nakal jika mendapati pihak jawatankuasa disiplin sekolah tidak mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Antara masalah disiplin yang perlu diambil tindakan dengan segera ialah bergaduh, menghisap rokok dan ponteng sekolah. Jika pihak jawatankuasa disiplin sekolah dapat memainkan peranan dengan proaktif, maka sudah pastilah gejala buli dapat dibanteras.

No comments:

Post a Comment