Wednesday, 2 December 2015

ISU SOSIAL DI KALANGAN REMAJA

ISU SOSIAL DI KALANGAN REMAJA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Di sini saya ingin mengemukakan isu semasa sosial yang semakin berleluasa sekarang. Hal ini melibatkan di kalangan remaja. Saya ingin mengemukakan serba sedikit perihal isu semasa sosial ini bukan tujuan untuk mengkritik mana-mana pihak, hal ini bertujuan untuk pembelajaran sahaja. Oleh itu, isu ini sangat membimbangkan semua pihak terutamanya ibu bapa mereka, Isu ini sudah hangat diperkatakan di media massa. Remaja sekarang lebih inginkan kebebasan tanpa memikirkan kerisauan orang ramai. Oleh itu mereka lebih banyak ingin mencuba sesuatu benda yang lebih mencabar bagi mereka. Justeru, tidak mustahil seseorang remaja itu terjebak dalam sesuatu perkara yang tidak baik kerana mereka sudah tidak memikirkan kesan yang akan berlaku kelak.

Antara sebabnya berlaku isu sosial ini ialah terpengaruh dengan rakan sebaya. Oleh itu, sikap terpengaruh dengan rakan sebaya mampu membuat mereka terjerumus dalam masalah-masalah sosial yang semakin berleluasa sekarang, Hal ini kerana, kebanyakkan remaja akan bosan bila berada di rumah dengan masa yang lama dan ibu bapa juga tidak menghiraukan mereka. Hal ini membuatkan mereka keluar untuk mencuba sesuatu benda yang lebih mencabar. Tambahan pula, dengan desakan rakan sebaya mampu membuat seseorang itu terpengaruh melakukan perkara-perkara diluar jangkaan. Misalnya, mengikut rakan sebaya pergi merokok, mengambil dadah, mencuri dan sebagainya. Jelaslah, pengaruh rakan sebaya juga mampu memberi impak negatif kepada seseorang remaja itu.

Seterusnya, sebab yang lain pula ialah kurang perhatian daripada ibu bapa mereka sendiri. Dengan sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat hal anak-anak juga mampu membuat anak-anak kebosanan apabila berada di rumah. Hal ini kerana, ibu bapa mereka lebih sibuk dengan kerjaya masing-masing dan sibuk mengejarkan kemewahan dunia tanpa memikirkan hal anak-anak di rumah. Oleh itu, apabila remaja kurang mendapat kasih sayang yang secukupnya dan sering dibaikan oleh ibu bapa mereka, mereka akan bosan bila berada di rumah. Hal ini menyebabkan, remaja ini akan bertindak melakukan perbuatan yang tidak berfaedah untuk melepaskan kebosanan mereka itu. Jelaslah bahawa, sikap ibu bapa yang tidak mengambil berat hal anak-anak di rumah mampu menyebabkan rema bertindak melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Langkah yang boleh diambil untuk membendung masalah-masalah sosial ini ialah mengenakan hukuman-hukuman yang setimpal dengan kesalahan mereka lakukan itu. Misalnya, pihak berkuasa haruslah memberi hukuman yang setimpal atas perbuatan mereka itu supaya isu ini dapat dibendung dengan segera. Jika dibendung dengan secepatnya, isu ini tidaklah berleluasa sampai menimbulkan kerisauan semua pihak terutamanya ibu bapa mereka. Jelaslah, dengan adanya hukuman yang setimpal ini, mereka lebih takut untuk melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah ini.

Kesimpulannya, semua pihak haruslah berganding bahu untuk membendung isu ini supaya tidak berleluasa. Dengan adanya kerjasama semua pihak, isu ini akan dapat dibanteras dengan secepat mungkin. Jika isu ini sudah dibanteras, masyarakat lebih selesa kerana tiada kerisauan yang mereka hadapi.


No comments:

Post a Comment