KESIHATAN
Assalamualaikum. Di sini saya akan mengulas serba sedikit mengenai keishatan. Kesihatan ialah satu bentuk homeostasis. Ini
merupakan satu imbangan di mana tenaga dan jisim masuk dan keluar (input and
output) berada dalam keseimbangan (membolehkan pertumbuhan). Kesihatan juga
membawa erti kemampuan untuk meneruskan hidup dengan prospek positif.
Bagi
manusia, dengan kemampuan untuk menganalisa dan menjangka, kesihatan adalah
lebih daripada itu. Maknanya bukan sahaja semuanya perlu tepat pada masa yang
tepat, tetapi pemahaman subjektif penting bagi meneruskan pengimbangan yang
sihat. Pemahaman ini datangnya daripada persepsi somatik termasuk sakit dan
tidak selesa dan persepsi kognitif. Untuk merasai sihat, seseorang itu perlu
merasakan dirinya sihat dan tiada risiko dalaman atau luaran yang boleh
menggangu kesihatannya.
Dari
segi pemakanan pula,masyarakat perlu menjaga pemakanan sesama mereka demi
penjagaan kesihatan. Masyarakat di negara ini, boleh dikatakan terlalu mewah
dengan segala jenis makanan. Pelbagai jenis juadah makanan yang dimakan oleh
setiap orang saban hari kadangkala mengundang pelbagai jenis penyakit yang
jelas berbahaya. Namun begitu, masyarakat masih memandang rendah terhadap hal
ini. Juadah yang dimakan selalunya mengandungi bahan yang boleh menjejaskan
kesihatan tubuh badan mereka sendiri.
Lantaran
itu, masyarakat hendaklah memilih makanan yang berkhasiat agar dapat membendung
daripada masalah ini. Tambahan lagi, individu itu sendiri hendaklah pandai
memilih makanan mengikut amalan piramid makanan agar dapat melahirkan generasi
yang sihat dan cergas.Selain itu,ahli masyarakat perlu memainkan peranan
penting untuk mengadakan aktiviti-aktiviti yang sihat.
No comments:
Post a Comment