POKOK TONGKAT ALI
Assalamualaikum
dan selamat sejahtera. Di sini saya ingin mengulas serba sedikit mengenai pokok
tongkat ali. Tongkat ali atau juga dikenali sebagai pasak bumi adalah sejenis tanaman saka yang
terdapat di hutan Malaysia
dan Indonesia. Nama botaninya ialah Eurycoma longifolia daripada famili Simaraubaceae. Tongkat
ali juga dikenali sebagai penawar pahit, bedara pahit, bedara putih, bedara
merah, hempedu pahit, payung ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi,
akar jangat semang, tongkat rasul, dan setunjang bumi.
Tongkat
ali boleh mencapai ketinggian sehingga 10 meter di dalam rimbunan hutan tanah rendah.
Biasanya, daunnya rimbun pada hujung batang. Kebanyakan pokok ini tidak
bercabang. Jikapun bercabang, ia terlalu sedikit, iaitu satu atau dua cabang
sahaja. Bunganya tersusun padat pada tangkai yang bercabang keluar dari pangkal
daun.
Tongkat
ali merupakan tumbuhan yang bersifat panjang dan tinggi serta tumbuh menegak
tanpa cabang. Tongkat ali yang hidup liar selama berjuta tahun di hutan hujan
tropika, memerlukan beberapa tahun untuk mencapai diameter batang pokok sebesar
6 inci.
No comments:
Post a Comment