ISU SEMASA MEDIA SOSIAL
Assalamualaikum w.b.t dengan limpah kurnia-Nya. Di sini
saya ingi mengulas tentang isu semasa media sosial. Penggunaan media sosial
seperti televisyen, radio, whatsapp, facebook, Twitter dan sebagainya jika
digunakan dengan baiknya akan memberi manfaat kepada masyatakat. Namun begitu,
perkembangan media sosial tersebut yang begitu pesat hingga dapat dikuasai
dengan pantas oleh anak muda termasuk yang berusia seawal empat tahun amat
membimbangkan dan harus dikekang seawal dan serapi mungkin agar gejala ini
dapat dibendung. Orang dewasa ada juga yang terlalu menyalahgunakan media
sosial sehingga bergaduh dengan pasangan masing-masing. Oleh itu, masyarakat
harus berkerjasama dalam usaha mengekang budaya ini dari berleluasa.
Realitinya, situasi sebenar tidaklah
seindah yang digambarkan. Mutakhir ini, kedengaran begitu ramai manusia yang
cuba menggunakan anugerah pemberian tuhan ini untuk tujuan-tujuan yang kurang
produktif. Dalam konteks ini, kes-kes penyalahgunaan media sosial oleh pengguna
akaun semakin menjadi-jadi hinggakan ia sudah menjadi isu nasional. Oleh
itu, pendekatan lebih holistik perlu diberi penekanan. Para pengguna media
sosial perlulah mengelak daripada meletakkan tugas memantau media sosial kepada
pihak berkuasa semata-mata dengan alasan ia adalah tugas mereka. Pada hemat
penulis, sikap sebegini bukan sahaja “selfish” bahkan juga mencerminkan
kedangkalan pengguna itu sendiri.
Hakikatnya, setiap pengguna mempunyai peranan tersendiri yang boleh dimanfaatkan untuk kebaikan bersama. Misalnya, jika ada pengguna yang ternampak sesuatu yang kurang elok dalam media sosial, maklumkan kepada pihak berkuasa untuk perhatian mereka. Bagi mereka yang tidak selesa berada di khalayak, mereka pula boleh membantu dengan memberikan tip atau info-info penting kepada pihak berkuasa untuk tindakan susulan.

Kesimpulannya, media
sosial hanyalah medium perantaraan dan bukan punca permasalahan kepada trend
penyalahgunaannya. Dalang utama di sebalik permasalahan ini terarah kepada
pengguna itu sendiri. Natijahnya, salah guna media sosial boleh diatasi jika
setiap pengguna tahu peranannya masing-masing dan tekad untuk melakukan
perubahan.
No comments:
Post a Comment