Wednesday, 2 December 2015

ISU BULI

ISU BULI
Assalamualaikum. Saya ingin mengupas serba sedikit mengenai isu buli yang semakin berleluasa sekarang. Isu buli ini hangat diperkatakan kerana  beberapa kes buli telah menyebabkan kecederaan yang serius dan ada juga yang menyebabkan kematian. Sesungguhnya isu ini tidak  harus dipandang ringan oleh masyarakat kerana isu ini boleh mengganggu perkembangan bidang pendidikan yang sememangnya penting untuk kemajuan negara. Berluasanya isu buli telah menjadikan sistem pendidikan negara terganggu kerana sesetengah pelajar tidak dapatmenumpukan perhatian kepada pelajaran kerana menjadi mangsa buli. Apakah yang menyebabkan masalah buli di sekolah kian menjadi-jadi dari semasa ke semasa? Sebenarnya terdapat beberapa sebab berlakunya perbuatan membuli di sekolah.

Punca utama berlakunya perbuatan buli ialah sikap pelajar berkenaan. Banyak kajian menunjukkan bahawa kebanyakan pelajar yang membuli ini adalah pelajar yang kurang berdisiplin. Pelajar ini didapati selalu bergaduh sama ada dengan adik-beradik ketika berada di rumah dan bergaduh dengan kawan-­kawan jika berada di luar rumah. Sebahagian daripada perlakuan buli yang dilakukan juga bertujuan untukmembalas dendam atau menyakiti fizikal seseorang serta mahu mendapatkan perhatian daripada orang lain. Pelajar ini biasanya mempunyai kawan-kawan yang berkelakuan negatif seperti menghisap rokok, bergaduh dan ponteng sekolah. 
 Masalah yang dihadapi oleh pelajar itu dalam keluarga juga boieh menyebabkan kegiatan buli berlaku. Pelajar berkenaan ingin membalas dendam kerana di rumah mereka sering dimarahi dandidenda oleh ibu bapa. Hal inl disebabkan mereka selalu berkelakuan tidak baik kepada ahli keluarga. Selain itu, ibu bapa yang sering tiada di rumah kerana sibuk bekerja juga telahmenyebabkan pelajar berkenaan tidak mendapat perhatian dan kasih sayang yang cukup. Oleh itu, mereka sering melakukan kesalahan disiplin termasuklah membuli untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka.

Akhir sekali, pentadbiran sekolah yang kurang berkesan juga boleh menyebabkan kepada berlakunya gejala buli. Adalah amat penting bagi jawatankuasa disiplin sekolah  dapat berperanan dengan baik. Sesungguhnya, pelajarakan menjadi semakin nakal jika mendapati pihak jawatankuasa disiplin sekolah tidak mengambil tindakan disiplin yang sewajarnya terhadap pelajar yang melanggar peraturan sekolah. Antara masalah disiplin yang perlu diambil tindakan dengan segera ialah bergaduh, menghisap rokok dan ponteng sekolah. Jika pihak jawatankuasa disiplin sekolah dapat memainkan peranan dengan proaktif, maka sudah pastilah gejala buli dapat dibanteras.

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT

AMALAN GAYA HIDUP SIHAT
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Di sini saya ingin mermbincangkan tentang amalan gaya hidup sihat. Gaya hidup sihat bolehlah ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu tempoh tertentu pula. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan ini gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Oleh itu, terdapat pelbagai tindakan yang boleh dilakukan untuk mencapai matlamat ini.
         Tindakan awal ialah seseorang itu perlu mengamalkan satu diet pemakanan yang seimbang dalam kehidupannya. Dalam keadaan kehidupan sebenar, ramai yang suka mengambil satu jenis makanan sahaja seperti hanya memakan daging tanpa mengambil sayur dalam diet mereka. Ketiadaan diet yang seimbanglah atau hanya menumpukan pemakanan mereka terhadap satu aspek sahaja yang menyukarkan seseorang untuk mencapai matlamat gaya hidup yang baik ini. Jelaslah, diet yang seimbang membolehkan kita semua mencapai satu kehidupan yang ceria kerana semua zat yang diperlukan oleh badan diperoleh menerusi pemakanan yang baik itu di samping menjauhi obesiti dan penyakit kronik.
       Akhirnya, aktiviti senaman yang berkala mampu menjadikan kehidupan yang dijalani oleh seseorang itu lebih sihat dan menceriakan. Kita boleh menjalankan aktiviti berjalan atau berlari bersendirian atau melakukan aktiviti bersukan bersama-sama keluarga atau ketika hujung minggu untuk mendapatkan senaman sebegini. Aktiviti senaman sudah lama diakui oleh pakar perubatan mampu menjadikan sistem peredaran darah manusia lebih stabil dan baik. Ekorannya,  senaman turut menjadikan sistem imunisasi mereka lebih tinggi. Sebagai impaknya, semakin kerap senaman dilakukan, semakin tinggilah tahap kesihatan seseorang itu kerana minda yang cerdas datangnya daripada badan yang cergas.


Sunday, 29 November 2015

Gejala Mat Rempit

GEJALA MAT REMPIT

Assalamulaikum di sini saya ingin menceritakan gejala senakin menjadi sejak akhir-akhir ini. Gejala mat rempit boleh mendatangkan masalah kepada ketenteraman awam dan menambah bilangan korban jalan raya. Oleh itu, terdapat beberapa langkah yang perlu  dilakukan untuk menangani masalah mat rempit.

       lbu bapa adalah pihak yang patut memainkan peranan dalam menangani masalah mat rempit di kalangan anak-anak mereka. Kita sedia maklum bahawa banyak masa anak-anak berada di samping ibu bapa di rumah. Jika ibu bapa membelikan anak-anak motosikal, pastikan pergerakan mereka dipantau pada setiap masa. Ibu bapa yang dapat memberi kasih sayang dan perhatian yang secukupnya kepada anak-anak pasti dapat  menghindarkan anak mereka daripada terlibat dalam gejala mat rempit.


   Selain itu, masyarakat juga turut berperanan membendung gejala mat rempit. Sikap masyarakat yang saling mengambil berat permasalahan setempat akan mempengaruhi aktiviti mat rempit. Segala pergerakan mat rempit yang berlaku dalam masyarakat mesti diambil tindakanpencegahan dengan membuat laporan segera kepada pihak berkuasa. Jika semua ahli masyarakat setempat mengambil tangungjawab untuk menghapuskan gejala mat rempit, maka sudah pasti suasana masyarakat akan menjadi lebih tenteram dan harmoni.

   Media massa juga perlu memainkan peranan dalam membendung kegiatan mat rempit. Keupayaan media massa dalam mempengaruhi hati dan minda manusia tidak dapat disangkal lagi. Media elektronik seperti televisyen pula boleh memainkan peranan dengan membuat iklan yang dapat memberikan kesedaran kepada remaja tentang keburukan gejala merempit dan lumba haram. Namun begitu, iklan-iklan dan kempen-kempen yang diadakan mestilah dipelbagaikan bentuk visualnya supaya dapat memberi kesedaran yang berpanjangan dan mendalam kepada mat rempit dan golongan remaja.       

   Kementerian Pengangkutan juga perlu memainkan peranan dan bersikap lebih proaktif. Kementerian Pengangkutan mempunyal kuasa untuk mencari alternatif baru untuk menangani masalah mat rempit. Kementerian Pengangkutan juga boleh bergabung tenaga dengan pihak polis dalam usaha menangani gejala mat rempit dan lumba haram. Seterusnya, Kementerian Pengangkutan boleh juga menjalankanKempen keselamatan jalan raya yang memberi penekanan terhadap gejala mat rempit.

   Akhir sekali, pihak Kementerian Pelajaran juga boleh memainkan peranan penting. Hal ini kerana pihak Kementerian Pelajaran boleh mengadakan pelbagai aktiviti tentang menanganigejala mat rempit di sekolah-sekolah. Dalam perhimpunan rasmi sekolah pula, pengetua atau guru  besar boleh mengingatkan pelajar tentang keburukan menjadi mat rempit. Jika terdapat aduan berlakunya gejala mat rempit, pihak sekolah patut memanggil pelajar berkenaan untuk diberi kaunseling dan nasihat.